Hari Filem
Pada 16 July 2016,kelab kami telah mengadakan hari filem di sekolah.Filem yang kami tonton adalah berkaitan dengan alam sekitar.Filem ini sangat menarik dan murid-murid asyik menonton.Ahli kelab juga telah menulis pandangan mereka di atas kertas yang disediakan.
Sebagai contoh:
1.Salah satu murid mengatakan bahawa kita perlulah menjaga alam sekitar kita kerana ini merupakan tanggungjawab kita selain alam sekitar juga mempunyai nyawa.
2.Selain itu,murid mengatakan bahawa filem ini telah menunjukkan muafakat membawa berkat.Kita haruslah sentiasa berfikir positif sekiranya kita menghadapi masalah.
3.Pelajar berkatakan kita perlulah memahami kepentingan mengeratkan hubungan antara ibu bapa .Tambahan pula,kita wajarlah mengetahui persefahaman ahli keluarga di samping memaafkan kesilapan keluarga.Hal ini demikian kerana keluarga merupakan orang yang signifikan terhadap kita.
4.Semasa kita menghadapi kesusahan dalam kehidupan harian kita,kita patutlah mengatasi dengan sikap positif dan gembira.Kita juga haruslah mengamalkan semangat yang tidak berputus asa iaitu tabah.
5.Kita hendaklah sering mengamalkan sikap tolong-menolong.Kita dapat membantu rakan kita semasa mereka mengalami halangan dalam akademik serta kehidupannya.Oleh itu,semasa kita mengalami halngan ,mereka juga akan menghulurkan bantuan kepada kita tanpa meragu-ragu.
Filed under: Activity Report on July 20th, 2016
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.